Monday, October 1, 2007

ed mubarak







Maha Suci Allah, Tuhan sekalian umat. Alhamdulillah berkat kurniaanNya, kita panjatkan kesyukuran padaNya kerana sekali lagi diberkan izin untuk melalui detik detik indah penuh keberkatan di Ramadhan al-Mubarak ini. Hampir sebulan saat itu, semoga amal ibadah yang kita jalankan diterima oleh Allah. Kini detik detik penuh rahmat itu hampir berlalu. Al-Mubarak kini hampir ke penghujungnya.
Sesungguhnya yang menanti kita adalah satu kemenangan dalam menangani dan melawani gelodak nafsu insani. Syawal yang bakal berkunjung adalah saksi pada detik kemenangan itu.Syukur Allhamdulillah, di sepanjang Ramadhan ini, aku dilimpahi dengan kesihatan yang baik bagi membolehkan aku menjalani ibadah di Ramadhan ini. Walaupun sedikit terganggu pada awal minggu ini, namun aku mampu bertahan dan menyempurnakan tuntutan itu sehingga tibanya Iftar.
Alhamdulillah, sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah sendiri.Puasa di tahun ini amat besar ertinya buat aku. Inilah kali pertama aku banyak menyambutnya di rumah . Namun berbuka puasa di rumah amat besar ertinya buat aku. Ia satu kepuasan yang mungkin tidak dapat dicari di tempat lain. pelawaan kengkawan buka puasa diluar ditolak secara baik.. bukan anti sosial tapi aku sendiri yamg tidak munyukainya, bukan kosnya tapi tak sanggup membayangkan selepas kekenyangan.. mana nak sorokkan kaki ku yang panjang mengelongsor di bawah meja? Selain itu, Ramadhan kali ini banyak menghadiahkan kenangan manis dalam hidup aku. Mungkin senyuman dapat menggambarkan rasa kesyukuran itu. Sekali lagi, syukur pada Illahi kerana mengizinkan aku untuk menikmati indahnya Mubarak ini.Sayu seketika hati ini, .Terkenang juga wajah wajah yang ku kenal, tapi kini telah tiada di alam fana ini lagi. Hanya doa kudus dapat ku pohon, moga roh mereka tenang di alam sana. Pada mereka yang yatim, pada mereka yang malang, aku doakan agar diberikan Allah kekuatan untuk mereka melalui hari hari mendatang dengan penuh kesabaran dan keredhaan. Semoga hidup yang penuh cabaran dilimpahi barakah dari Pencipta Yang Maha Esa.Kini, detik detik indah Ramadhan hanya membilang hari sebelum berlalu pergi. Terasa hiba sejenak mengenang andai nanti aku tidak berkesempatan lagi menikmati rahmat Ramadhan di masa hadapan.
Masih adakah peluang untuk aku menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang akan datang? Atau inilah yang terakhir kali? Maha Suci Allah, hanya Engkaulah Yang Maha Mengetahui.Fajar Syawal bakal menyusur nanti. Satu lembaran baru tercipta lagi. Insya’allah.Dalam kesempatan yang ada ini, aku menyusun sepuluh jari, dari hati yang tulus memohon ampun dan maaf daripada semua pengunjung ini. Andai ada terkasar bahasa, tersilap kata, mohon diampunkan kesilapan itu. Sesungguhnya aku manusia biasa, punya salah dan khilaf. Aku doakan semoga semuanya berbahagia dan tenang di samping keluarga tersayang dan insan tercinta di Syawal mulia nanti.Kepada semua yang memandu pulang ke kampung halaman, pandulah mengikut iman, penuh sabar dan keredhaan. Insya’allah, mudah mudahan semuanya selamat pulang dan selamat kembali.Salam sayang untuk kalian… Wassalam.

1 Comments:

Blogger Unknown said...

Selamat Hari Raya...Semoga Lebaran kali ini menceria kan hidup anda & family...

Hans Izal
Ampang

October 8, 2007 at 8:04 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home